MENGUNGKAP SIAPA DAJJAL SEBENARNYA...?!!

 

Kekuatan Dahsyat Prajurit Dajjal (Jin Timur Tengah Laut Merah)

 


Siapakah Dajjal? 
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di sebuah pulau.

Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” HR Ibnu Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat – alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan camam2 lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.

Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan, Iran
(tempat asal Dajjal)
Di akhir zaman Dajjal akan muncul dari Khurasan di Iran. Ketika baru keluar/terlepas dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana itu banyak orang yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman kepada Allah pun berpaling darinya, sebab kaum yg beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi Allah mengutus seorang nabi baru.
Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.
“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Ind


Sumber: FB

Ruqyah Pengikut Dajjal

 



Tibanya akhir zaman akan ramai yang akan disihir dengan pengikut-pengikut Dajjal.
Siapakah Dajjal? 
Pastinya ia adalah makhluk Allah yang didatangkan untuk menguji orang-orang yang beriman.

Asal-Usul Keluarga dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.

Kedatangan Dajjal sekaligus membuatkan iblis meresa terhina. Jika iblis mengaku dirinya yang paling kuat dalam watak kejahatan. Namun, Allah datangkan makhluk yang lebih dahsyat kejahatannya, lebih licik dan lebih berbahaya. 


Turki Temui Telaga minyak terbesar 2020


Satu kebetulan saat Turki menghadap krisis ekonomi dan tekanan dari Eropah dan Amerikan yang dahsyat. Bukan setakat itu saja, negara-negara arab pro Amerika juga berikan tekanan pada Turki. Saat itulah jugalah datangnya pertolongan Allah dengan terjumpanya hasil galian minyak yang paling besar

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mendakwa Ankara telah menemui sumber gas asli terbesar di Laut Hitam yang diharap dapat diperoleh menjelang 2023 ketika sambutan ulang tahun ke-100 kelahiran republik moden tersebut.


Menurut Erdogan, penemuan berharga 320 bilion kubik meter itu dibuat di zon Tuna-1 di luar pantai bandar Eregli di wilayah utara Zonguldak selepas kerja penerokaan bermula pada 20 Julai lalu.

"ALLAH telah membuka pintu kekayaan yang belum pernah terjadi kepada kami," katanya ketika berucap di Istana Dolmabahce di Istanbul.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/97698/GLOBAL/Turki-temui-sumber-gas-asli-terbesar-di-Laut-Hitam. Kapal penggerudian pertama Turki, Fatih itu dinamakan sempena nama Sultan Fatih Sultan Mehmet yang berjaya menawan Constantinople pada 1453.

Beliau berharap untuk melihat penemuan baharu di wilayah sama.

Jika gas tersebut dapat diekstrak secara komersial, penemuan itu dapat membantu Turki mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap import sumber tenaga dari negara seperti Rusia, Iran dan Azerbaijan.

Ketika ini, Ankara bergantung penuh dengan Rusia untuk sumber tenaganya dan ia berhasrat untuk mempelbagaikan bekalannya.

Awal bulan lalu, Erdogan mengarahkan kerja penerokaan semula sumber tenaga kontroversi di luar pantai selatan Turki berhampiran Pulau Greece yang menjadi pertikaian di perairan timur Mediterranean.

Isu tersebut telah mencetuskan pertelingkahan antara Ankara dan Athens, Cyprus dan Kesatuan Eropah (EU) dan memburukkan lagi ketegangan dengan Perancis yang bertindak meningkatkan kehadiran tentera mereka di rantau terbabit. - sumber berita sinar


 

Covid 19 Iktibar dan Tanda Kiamat

Penularan coronavirus (COVID-19) kini semakin membimbangkan. Virus yang menyebabkan lebih 3,000 orang terkorban itu, dikatakan berpunca dari pasar makanan laut di Hubei, Wuhan, China hingga pasar itu terpaksa ditutup pada 1 Januari lalu.

Ada yang mengaitkan penularan virus sebagai antara petanda kiamat seperti dijanjikan Allah SWT dan Rasul-Nya semakin hampir tiba. Penularan wabak penyakit seperti ini tidak pernah berlaku kepada umat terdahulu. Malah ketika ini, kelaparan akibat perintah berkurung dikuatkuasakan menjadi cabaran utama kepada penduduk dunia.

 Surah Yunus ayat 107: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya.


Sebenarnya, banyak tanda kiamat seperti dijelaskan Rasulullah SAW. Antaranya, kawasan padang pasir dan gersang di Tanah Arab seperti di sekitar Makkah dan Madinah ditumbuhi rumput dan menjadi belukar di sesetengah tempat.



Kawasan bukit-bukau yang dahulunya hanya batu yang gondol kini mula menguning dengan rumput liar dan ada anak sungai mengalir. Keadaan ini cukup menakutkan apabila Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadinya kiamat hingga bumi Arab kembali menjadi kebun dan sungai serta sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak berasa takut kecuali disebabkan tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Sahabat bertanya: “Apakah haraj itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Pembunuhan.” (HR Ahmad dan Muslim)


Tanda kiamat kecil juga boleh dilihat di mana-mana. Ini termasuk banyak pusat membeli-belah, gedung perniagaan dan pasar raya dibina tidak ubah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.


Malah kedudukannya yang saling berdekatan antara satu sama lain seolah-olah mengiyakan sabda Nabi SAW: “Tidak akan berlaku kiamat hingga muncul banyak fitnah, pembohongan dan pasar saling berdekatan. (HR Ahmad)

Terdapat dalam kalangan ulama yang mentafsirkan hadis ini sebagai mudahnya perhubungan dan kecanggihan teknologi hingga proses membeli-belah menjadi mudah dan pantas. Ini seperti perniagaan dalam talian yang mudah diakses dan dekat di hujung jari.

Selain itu, pergerakan masa yang cepat juga menyebabkan kita berasa bimbang. Begitu cepat masa berlalu hingga kini, kita sudah berada dalam Mac 2020. Baru sahaja rasanya berpuasa Ramadan tahun lalu dan tidak berapa bulan lagi ia akan muncul kembali.

Perasaan seperti ini pernah digambarkan Nabi SAW dengan sabdanya: “Tidak akan berlaku kiamat kecuali apabila masa cepat berlalu setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu, seminggu seperti sehari dan sehari seperti seseorang menyalakan pelepah kurma.”

Ini boleh jadi disebabkan kesibukan manusia hingga tidak terasa hari sudah petang.

Terdapat juga dalam kalangan ulama yang mentafsirkannya sebagai hilang keberkatan masa apabila tidak diisi perkara kebajikan dan amal soleh. Malah lebih sibuk melayan aplikasi sosial dan teknologi.

Oleh itu, umat Islam perlu diajak benar-benar beriman dengan hari kiamat yang pasti akan terjadi dengan mula membuat persiapan sebelum tiba tanda kiamat besar lalu menyesal tidak sempat berbuat apa-apa. Antara tanda besar ialah matahari terbit dari Barat, manakala pintu taubat tertutup.

Justeru, ketika kita belum sampai kepada huru-hara akhir zaman dan fitnah Dajal, kita perlu bertaubat dan meninggalkan perbuatan maksiat. Penuhi waktu yang ada dengan memperbanyak amal ibadat agar beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Mereka yang ada tertinggal puasa Ramadan tidak kira sedikit atau banyak dan mengabaikan solat fardu elok diganti dengan segera. Begitu pula jika ada kewajipan zakat harta yang belum dilunaskan, keluarkan zakat sebelum terlambat.

Kita juga perlu beringat dosa sesama manusia perlu diselesaikan dengan segera bermaaf-maafan supaya tidak dituntut pada hari kemudian.

Sebenarnya terdapat puluhan tanda kiamat kecil seperti dinyatakan dalam hadis yang mengajak umat manusia untuk melihat dengan pandangan mata hati seraya membuat persiapan rapi untuk menghadapinya.

Setidak-tidaknya bersedia menghadapi mati yang juga kiamat yakni penghabisan kehidupan di dunia.


Keadaan di Latin Amerika yang mengalami kebuluran akibat perintah berkurung.



Rujukan
 Dr Mohd Ali Muhamad Don

KEWUJUDAN ILLUMINATI AGEN DAJJAL

Illuminati ini mempunyai premisnya yang sangat kukuh. Dalam al-Quran ada banyak menyatakan tentang gerakan Yahudi. Antaranya bagaimana orang Yahudi ini ingkar kepada ajakan Nabi Muhammad SAW untuk beriman dengan al-Quran. Sekarang ini ada golongan di Malaysia menyatakan Illuminati tidak wujud, padahal memang ada. Mungkin nama berbeza tetapi ia gerakan Yahudi. Gerakan mereka menentang al-Quran sebenarnya. Satu lagi orang kata cerita tentang Illuminati ini cuma satu teori konspirasi.

Orang putih sendiri pun banyak menulis tentang bukti mengenai konspirasi, walaupun orang melihat konspirasi ini sekadar teori. Walau guna apa nama pun tetapi gerakan Illuminati memang wujud. Saya pernah berjumpa dengan golongan liberal Melayu Malaysia. Pada 1980-an dahulu mereka mengatakan tidak ada buku protokol Zion. Sebab itu baru-baru ini semasa kita hendak buat wacana mengenai Illuminati, mereka kata Illuminati tidak boleh dipegang (tidak ada asas kewujudan).

Saya kata sama juga dengan gengster, macam kumpulan kongsi gelap 03 atau 08, mereka tidak berdaftar dan kita pun tidak tahu di mana pejabat mereka. Begitu juga dengan Illuminati. Mereka ada macam-mana nama seperti Freemason, Skull and Bones, Lucifer dan sebagainya tetapi yang utama iaitu Illuminati tidak ada pejabat berdaftar kerana ia adalah pertubuhan rahsia atau kongsi gelap yang paling besar.

Sebab itu apabila Bavarian Illuminati diwujudkan pada 1 May 1776, kerajaan Bavaria haramkan sebab gerakan itu adalah pertubuhan rahsia. Maknanya ia wujud. Macam Kumpulan Bilderberg, ia tidak ada pejabat berdaftar tetapi pertubuhan itu wujud kerana setiap tahun Bilderberg mengadakan mesyuarat dan seumpamanya.

Apakah yang paling bahaya tentang gerakan tersebut?
ISMAIL MINA: Dalam manifesto 25 dasar atau prinsip gerakan Freemason atau Illuminati yang dibuat oleh Dr. Adam Weishaupt, antaranya disebut menyebarkan liberalisme. Ini disebut jelas dalam manifestonya dan tidak disembunyikan.

Ini dasar yang sangat fundamental dan daripada situlah pergi kepada liberal agama, liberal budaya dan pelbagai bentuk liberal lagi. Ini juga diwacanakan sebenarnya terutamanya di Barat khususnya Amerika Syarikat (AS). Kalau dahulu, gerakan ini dinamakan gerakan hantu kerana dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi sekarang secara terbuka.

Apakah terdapat bukti tentang kewujudan kumpulan ini di Malaysia?
ISMAIL MINA: Kita boleh tengok ada banyak bangunan yang mempunyai kaitan dengan Illuminati di Malaysia. Antaranya, “Masonic Hall” di Jalan OUG Bukit Jalil, Kuala Lumpur, “Masonic Lodge” di Jalan Brown (Pulau Pinang), “Masonic Lodge” Kedah, “Masonic Hall” di Kuala Krai (Kelantan), “Masonic Lodge” di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (Perak), “Masonic Hall” di Jalan Junid, Muar (Johor) dan “Masonic Hall” di Kuching (Sarawak).

Ada banyak sebenarnya. Maknanya sudah lama wujud. Walaupun bangunan itu tidak dinamakan sebagai Illuminati atau Freemason tetapi di semua bangunan tersebut terdapat simbol Illuminati yang berbentuk seperti jangka tulis iaitu alat geometri.

Kalau tidak silap saya, orang pertama bercakap tentang Illuminati dalam Parlimen ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Gerakan ini memang wujud pada masa itu, tertutup dan menggunakan pelbagai nama untuk kemanusiaan dan kebajikan, hakikatnya mereka menyebar liberalisme. Semua simbol ada maknanya.

Di Malaysia, siapakah yang menganggotai kumpulan ini?
ISMAIL MINA: Ahli perniagaan dari AS, David Rockefeller kini merupakan ketua pertubuhan Illuminati dunia. Dia seperti nabi dalam kumpulan tersebut. Di Malaysia, kumpulan ini banyak dianggotai ahli perniagaan, orang politik dan orang agama.

Senarai ahli kumpulan itu pernah dikeluarkan dan saya pernah lihat sendiri senarai nama itu. Kalau kita bongkar, memang ada senarai nama itu, walaupun bukan senarai penuh. Untuk menjadi ahli kumpulan itu hanya melalui jemputan. Maknanya, mereka dipilih dan bukannya boleh memohon dengan mengisi borang.

Kenapa golongan profesional yang cerdik pandai boleh menyertai kumpulan Illuminati?
ISMAIL MINA: Sebab Illuminati mempromosikan liberalisme dan ia dibuat atas pelbagai nama seperti hak asasi manusia, hak golongan minoriti, kemajuan, globalisasi, kemiskinan serta wacana intelektual dan pencerahan. Mereka menyertai Illuminati bukan bercakap tentang manfaat dari perspektif agama.

Mereka ini hendak tunjukkan mereka adalah manusia yang ikut trend dan universal. Orang Islam sekarang banyak terpengaruh dengan Barat. Jadi, apabila hendak mengkaji agama dan al-Quran, mereka menggunakan standard yang digunakan oleh Barat untuk mengkaji Islam atas nama akademik atau ilmiah.

Maka mengikut kriteria Barat yang dinamakan “sapere aude” atau pemikiran bebas. Seorang bekas aktivis yang menjadi pemimpin parti politik pernah mengatakan, “Saya sudah dua dekad menghayati sapare aude.” Liberalisme ini sebenarnya bukan neutral.

Orang mengatakan pemikiran bebas tetapi tidak bebas sebenarnya. Nama sahaja bebas dan hak asasi tetapi mereka terikat dengan pemikiran Hegelian Dialectic. Noam Chomsky yang dikatakan liberal mestipun terikat dengan pemikiran Marxisme. Budak-budak muda sekarang terpengaruh dengan pemikiran bebas tetapi mereka tidak tahu hakikatnya ia tidak bebas. Kalau kita kaji demokrasi dan komunis sama sahaja. Demokrasi pun kuku besi. Parlimen itu parlimen diktator.

Kalau tindakan boleh diambil ke atas kumpulan ajaran sesat dan komunis, tidakkah tindakan sama boleh dikenakan ke atas gerakan Illuminati bagi membanteras mereka?
ISMAIL MINA: Illuminati ini adalah ajaran sesat paling besar dan jauh lebih bahaya daripada kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain. Illuminati ini dianggotai orang cerdik, pemimpin politik, profesional, kaya, pandai bercakap dan merancang. Mereka ada program untuk memperluaskan pemikiran mereka. Masyarakat perlu tahu fahaman liberal ini sudah masuk ke kampung-kampung.

Saya fikir kerajaan sedar tentang gerakan Illuminati di Malaysia. Walaupun bangunan-bangunan kumpulan tersebut tidak menggunakan nama gerakan itu tetapi simbol Illuminati terdapat pada bangunan itu. Kerajaan perlu memantau apa aktiviti yang dibuat di situ. Kalau kerajaan boleh melarang penggunaan nama komunis dan logo komunis pada premis, tindakan sama juga perlu dilaksanakan ke atas simbol-simbol Illuminati.

Pada masa sama, wacana al-Sunnah wal Jamaah wajib ditekankan dalam semua perspektif kehidupan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan pemikiran liberalisme. Kita lihat sekarang orang kita banyak terikut-ikut dengan budaya hedonistik.




AKAN DATANG, ISLAM TINGGAL NAMA DAN TIADA IMAM UNTUK SOLAT BERJEMAAH

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".
(Riwayat Ibnu Majah)


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi)


Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-kampung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.


Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama - nama nabi seperti Daud, Sulaiman, Idris dan nama yang paling ramai digunakan adalah Muhamad. Ada juga nama yang diambil dari sahabat-sahabat nabi, tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam mendepani segenap isu agama. Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya. Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

Tolong Like Facebook

Popular Posts