KEWUJUDAN ILLUMINATI AGEN DAJJAL

Illuminati ini mempunyai premisnya yang sangat kukuh. Dalam al-Quran ada banyak menyatakan tentang gerakan Yahudi. Antaranya bagaimana orang Yahudi ini ingkar kepada ajakan Nabi Muhammad SAW untuk beriman dengan al-Quran. Sekarang ini ada golongan di Malaysia menyatakan Illuminati tidak wujud, padahal memang ada. Mungkin nama berbeza tetapi ia gerakan Yahudi. Gerakan mereka menentang al-Quran sebenarnya. Satu lagi orang kata cerita tentang Illuminati ini cuma satu teori konspirasi.

Orang putih sendiri pun banyak menulis tentang bukti mengenai konspirasi, walaupun orang melihat konspirasi ini sekadar teori. Walau guna apa nama pun tetapi gerakan Illuminati memang wujud. Saya pernah berjumpa dengan golongan liberal Melayu Malaysia. Pada 1980-an dahulu mereka mengatakan tidak ada buku protokol Zion. Sebab itu baru-baru ini semasa kita hendak buat wacana mengenai Illuminati, mereka kata Illuminati tidak boleh dipegang (tidak ada asas kewujudan).

Saya kata sama juga dengan gengster, macam kumpulan kongsi gelap 03 atau 08, mereka tidak berdaftar dan kita pun tidak tahu di mana pejabat mereka. Begitu juga dengan Illuminati. Mereka ada macam-mana nama seperti Freemason, Skull and Bones, Lucifer dan sebagainya tetapi yang utama iaitu Illuminati tidak ada pejabat berdaftar kerana ia adalah pertubuhan rahsia atau kongsi gelap yang paling besar.

Sebab itu apabila Bavarian Illuminati diwujudkan pada 1 May 1776, kerajaan Bavaria haramkan sebab gerakan itu adalah pertubuhan rahsia. Maknanya ia wujud. Macam Kumpulan Bilderberg, ia tidak ada pejabat berdaftar tetapi pertubuhan itu wujud kerana setiap tahun Bilderberg mengadakan mesyuarat dan seumpamanya.

Apakah yang paling bahaya tentang gerakan tersebut?
ISMAIL MINA: Dalam manifesto 25 dasar atau prinsip gerakan Freemason atau Illuminati yang dibuat oleh Dr. Adam Weishaupt, antaranya disebut menyebarkan liberalisme. Ini disebut jelas dalam manifestonya dan tidak disembunyikan.

Ini dasar yang sangat fundamental dan daripada situlah pergi kepada liberal agama, liberal budaya dan pelbagai bentuk liberal lagi. Ini juga diwacanakan sebenarnya terutamanya di Barat khususnya Amerika Syarikat (AS). Kalau dahulu, gerakan ini dinamakan gerakan hantu kerana dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi sekarang secara terbuka.

Apakah terdapat bukti tentang kewujudan kumpulan ini di Malaysia?
ISMAIL MINA: Kita boleh tengok ada banyak bangunan yang mempunyai kaitan dengan Illuminati di Malaysia. Antaranya, “Masonic Hall” di Jalan OUG Bukit Jalil, Kuala Lumpur, “Masonic Lodge” di Jalan Brown (Pulau Pinang), “Masonic Lodge” Kedah, “Masonic Hall” di Kuala Krai (Kelantan), “Masonic Lodge” di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (Perak), “Masonic Hall” di Jalan Junid, Muar (Johor) dan “Masonic Hall” di Kuching (Sarawak).

Ada banyak sebenarnya. Maknanya sudah lama wujud. Walaupun bangunan itu tidak dinamakan sebagai Illuminati atau Freemason tetapi di semua bangunan tersebut terdapat simbol Illuminati yang berbentuk seperti jangka tulis iaitu alat geometri.

Kalau tidak silap saya, orang pertama bercakap tentang Illuminati dalam Parlimen ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Gerakan ini memang wujud pada masa itu, tertutup dan menggunakan pelbagai nama untuk kemanusiaan dan kebajikan, hakikatnya mereka menyebar liberalisme. Semua simbol ada maknanya.

Di Malaysia, siapakah yang menganggotai kumpulan ini?
ISMAIL MINA: Ahli perniagaan dari AS, David Rockefeller kini merupakan ketua pertubuhan Illuminati dunia. Dia seperti nabi dalam kumpulan tersebut. Di Malaysia, kumpulan ini banyak dianggotai ahli perniagaan, orang politik dan orang agama.

Senarai ahli kumpulan itu pernah dikeluarkan dan saya pernah lihat sendiri senarai nama itu. Kalau kita bongkar, memang ada senarai nama itu, walaupun bukan senarai penuh. Untuk menjadi ahli kumpulan itu hanya melalui jemputan. Maknanya, mereka dipilih dan bukannya boleh memohon dengan mengisi borang.

Kenapa golongan profesional yang cerdik pandai boleh menyertai kumpulan Illuminati?
ISMAIL MINA: Sebab Illuminati mempromosikan liberalisme dan ia dibuat atas pelbagai nama seperti hak asasi manusia, hak golongan minoriti, kemajuan, globalisasi, kemiskinan serta wacana intelektual dan pencerahan. Mereka menyertai Illuminati bukan bercakap tentang manfaat dari perspektif agama.

Mereka ini hendak tunjukkan mereka adalah manusia yang ikut trend dan universal. Orang Islam sekarang banyak terpengaruh dengan Barat. Jadi, apabila hendak mengkaji agama dan al-Quran, mereka menggunakan standard yang digunakan oleh Barat untuk mengkaji Islam atas nama akademik atau ilmiah.

Maka mengikut kriteria Barat yang dinamakan “sapere aude” atau pemikiran bebas. Seorang bekas aktivis yang menjadi pemimpin parti politik pernah mengatakan, “Saya sudah dua dekad menghayati sapare aude.” Liberalisme ini sebenarnya bukan neutral.

Orang mengatakan pemikiran bebas tetapi tidak bebas sebenarnya. Nama sahaja bebas dan hak asasi tetapi mereka terikat dengan pemikiran Hegelian Dialectic. Noam Chomsky yang dikatakan liberal mestipun terikat dengan pemikiran Marxisme. Budak-budak muda sekarang terpengaruh dengan pemikiran bebas tetapi mereka tidak tahu hakikatnya ia tidak bebas. Kalau kita kaji demokrasi dan komunis sama sahaja. Demokrasi pun kuku besi. Parlimen itu parlimen diktator.

Kalau tindakan boleh diambil ke atas kumpulan ajaran sesat dan komunis, tidakkah tindakan sama boleh dikenakan ke atas gerakan Illuminati bagi membanteras mereka?
ISMAIL MINA: Illuminati ini adalah ajaran sesat paling besar dan jauh lebih bahaya daripada kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain. Illuminati ini dianggotai orang cerdik, pemimpin politik, profesional, kaya, pandai bercakap dan merancang. Mereka ada program untuk memperluaskan pemikiran mereka. Masyarakat perlu tahu fahaman liberal ini sudah masuk ke kampung-kampung.

Saya fikir kerajaan sedar tentang gerakan Illuminati di Malaysia. Walaupun bangunan-bangunan kumpulan tersebut tidak menggunakan nama gerakan itu tetapi simbol Illuminati terdapat pada bangunan itu. Kerajaan perlu memantau apa aktiviti yang dibuat di situ. Kalau kerajaan boleh melarang penggunaan nama komunis dan logo komunis pada premis, tindakan sama juga perlu dilaksanakan ke atas simbol-simbol Illuminati.

Pada masa sama, wacana al-Sunnah wal Jamaah wajib ditekankan dalam semua perspektif kehidupan agar umat Islam tidak terpengaruh dengan pemikiran liberalisme. Kita lihat sekarang orang kita banyak terikut-ikut dengan budaya hedonistik.




AKAN DATANG, ISLAM TINGGAL NAMA DAN TIADA IMAM UNTUK SOLAT BERJEMAAH

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".
(Riwayat Ibnu Majah)


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi)


Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-kampung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.


Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Tidak dinafikan bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad, di antara mereka ada yang diberikan nama - nama nabi seperti Daud, Sulaiman, Idris dan nama yang paling ramai digunakan adalah Muhamad. Ada juga nama yang diambil dari sahabat-sahabat nabi, tetapi apakah nama-nama tersebut benar-benar meresap masuk dalam sanubari kita hingga mencontohi Para Sahabat dalam mendepani segenap isu agama. Alangkah malangnya segelintir umat Islam hari ini yang sudah mula menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang kadang-kadang tidak memberi makna langsung berkaitan dengan agama. Nama-nama seperti yang disebutkan di atas tidak lagi menjadi sebutan di bibir mereka. Mengapa? Sama-samalah kita mencari kekurangannya. Malah Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang beramal dengan ajaran Islam sebenar.

RAMAI MENGAKU IMAM MAHDI (PALSU)


Hanya dengan ilmu yang dapat menyelamatkan kita dari terperdaya dengan pengaruh Dajjal yang akan mendatangkan agen-agen mereka yang terdiri dari Imam Mahdi palsu. Ramai yang jahil tentang ilmu agama akan terpedaya dan seterusnya mengikut segala perintah mereka. Inilah yang di sebutkan dalam Al Quran surah al Kahfi.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".(Al-Kahfi 18:103-104)

PADA 9 Julai 2012, sejarah keselamatan negara digemparkan dengan tindakan seorang lelaki menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menggunakan pedang samurai.

Lelaki itu bagaimanapun ditembak mati oleh polis dan siasatan lanjut mendapati suspek mengaku dia ialah 'Imam Mahadi' yang dinantikan umat Islam di seluruh dunia.

Selain itu, sejak puluhan tahun lalu, kerajaan turut mengesan banyak kumpulan ajaran sesat yang meyakini pemimpin mereka sebagai Imam Mahadi antaranya ajaran al-Arqam, Qidiani dan Nordin Putih.

Sejak kewafatan Nabi Muhammad SAW, ramai individu tampil mengaku mereka ialah Imam Mahadi sehingga tercetusnya polemik dalam kalangan masyarakat mengenai identiti sebenar tokoh itu.

Lebih membimbangkan, ada segelintir masyarakat mempercayai dakwaan sesat individu terbabit, malah menjadi pengikut fanatik sehingga sanggup melakukan perkara di luar batasan agama dan undang-undang.

Apabila wafatnya Rasulullah SAW, tiada lagi nabi diutuskan buat manusia. Namun, Baginda menyatakan akan ada seorang tokoh diutuskan Allah SWT untuk membebaskan manusia daripada kezaliman Dajal pada akhir zaman iaitu Imam Mahadi.

Sabda Rasulullah SAW: "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau daripada keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan seperti dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad)

Justeru, bagi menyangkal ajaran sesat dan pembohongan pihak tertentu yang mengaku kononnya mereka Imam Mahadi, ilmuwan Islam cuba menganggarkan siapakah tokoh misteri itu sebenarnya dan bilakah beliau muncul di dunia ini.

Rentetan peristiwa sehingga muncul Imam Mahadi bagi menyelamatkan dunia daripada kekejaman manusia bergelar Dajal bermula ketika dunia hampir kiamat. Ketika itu, Dajal menjadi pemerintah dunia menggunakan pelbagai kekuatan sihir dan muslihat. Lelaki itu mengaku Tuhan malah ramai manusia terpengaruh dengannya dan syirik.

Di bawah pemerintahan Dajal, pelbagai kemusnahan dan kemungkaran dilakukan malah manusia beriman kepada ajaran Islam yang amat sedikit. Selepas lama kezaliman dan kemungkaran bermaharajalela, Allah SWT mengutuskan Imam Mahadi untuk memimpin manusia beriman menentang Dajal.

Kemuncak perjuangan Imam Mahadi ialah turunnya Nabi Isa AS untuk berganding bahu bersama itu menentang dan membunuh Dajal serta pengikutnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Berpalinglah Imam Mahadi dan sesungguhnya sudah turunlah Isa bin Maryam. Nabi Isa itu seolaholah menitis air daripada rambutnya. Mahadi berkata kepada Nabi Isa: `Majulah ke depan untuk mengimami orang ramai ini.' Isa bin Maryam berkata: `Bukankah sudah diiqamatkan solat bagimu?' Kemudian Nabi Isa pun solat di belakang seorang lelaki daripada keturunanku." (Riwayat Tabrani)

Ada kira-kira 6,000 hadis termasuk hadis kuat yang meriwayatkan mengenai Imam Mahadi, sekali gus menyaksikan kemunculannya ketika dunia hampir kiamat sememangnya diyakini dalam ajaran Islam.

Sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati dalam menentukan identiti dan ciri peribadi Imam Mahadi kerana ada ciri tokoh itu ditakrifkan mengikut aliran Syiah yang jelas berbeza dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah (ASWJ).

Mengikut ajaran ASWJ, Imam Mahadi memiliki nama sama dengan Rasulullah SAW iaitu `Muhammad' malah beliau berasal daripada keturunan rasul terakhir itu.

Wajah Imam Mahadi pula digambarkan memiliki dahi luas dan hidung mancung manakala tugasnya pada akhir zaman adalah untuk menggantikan kezaliman serta kemusnahan kepada kebenaran dan keadilan.

Mengikut Syiah pula, identiti Imam Mahadi ditakrifkan menerusi konsep `Imam 12' iaitu imam Mahadi adalah generasi ke-12 daripada keturunan Nabi Muhammad SAW menerusi cucu Baginda iaitu Hussain Ali.

Pengikut Syiah berpendapat Imam Mahadi sudah dilahirkan pada tahun 869 Masihi iaitu zaman pemerintahan Kerajaan Abasiyah. Beliau ialah Muhammad bin al-Hasan al-'Askari yang disembunyikan daripada musuh ketika berusia kira-kira empat tahun iaitu selepas bapanya meninggal dunia.

Pengikut Syiah percaya selepas disembunyikan, Imam Ke-12 itu kononnya dighaibkan Allah SWT dan akan kembali dijelmakan pada akhir zaman untuk menyelamatkan manusia daripada kemungkaran dan kezaliman Dajal.

Mengikut ajaran Syiah lagi, walaupun Imam Mahadi dighaibkan, beliau dikatakan masih hidup di dunia ini tetapi tidak dapat dilihat penglihatan manusia.

Sepanjang tempoh dighaibkan iaitu dari zaman Abasiyah sehingga ke akhir zaman, Imam Mahadi didakwa mengkaji bagaimana kezalimanan berleluasa sepanjang kehidupan manusia di dunia ini seterusnya melakukan persediaan untuk menghadapinya apabila muncul kembali, suatu hari nanti.

Bagaimanapun, ramai pengkaji tokoh misteri itu meyakini apabila Imam Mahadi muncul pada akhir zaman, beliau tidak sibuk mendakwakan dirinya Imam Mahadi yang ditunggu umat Islam dan mengajak manusia supaya mengikutnya.

Malah, pada zaman berkenaan, golongan mukmin sendiri bertindak melantik tokoh terbabit sebagai pemimpin mereka tanpa perlu tokoh itu berkempen supaya manusia memilih dirinya sebagai pemimpin umat Islam seluruh dunia.

Tokoh itu sendiri berkemungkinan tidak mengetahui bahawa beliaulah Imam Mahadi yang disebut dalam hadis.

Justeru, menerusi hujah berkenaan, jelaslah bahawa jika ada individu tertentu yang tampil ketika ini dan mengaku kononnya merekalah `Imam Mahadi', maka tidak syak lagi bahawa individu itu seorang pembawa ajaran sesat!



Rujukan penulisan: Nasron Sira Rahim

PEMANASAN GLOBAL 2020-20XX BUKTI KEDATANGAN DAJJAL SEMAKIN HAMPIR






Bukti pemasanan global melandan seluruh dunia, suhu dunia akan mecanak naik. Keadaan akan menjadi lebuk tahun demi tahun akan datang.


Keadaan kemarau ini mengingatkan kita tentang peristiwa Dajjal yang akan muncul di akhir zaman. Kita sebagai umat Islam telah diberi amaran oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi akhir zaman tentang munculnya Dajjal dalam tempoh kemarau yang teruk. Dajjal menggunakan keadaan kemarau ini untuk menyesatkan manusia.

Berdasarkan sebuah hadis yang suatu hari pada musim kemarau, Dajjal akan bertanya, “Apakah kamu menginginkan api atau air?” Jika menjawab air, itu bermakna api yang diberikannya, Jika jawapannya api, ia akan memberi air. Kamu akan diberikan air jika kamu mengakui Dajjal adalah Tuhan dan bila kamu murtad dari agama Allah. Apabila kamu lebih memilih api tetapi tetap berada di jalan Allah, maka kamu akan dibunuhnya.

Dajjal membawa api dan air; Rasulullah Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman.”

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka; Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudahkah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.”

Dajjal membawa sungai air dan sungai api; Dari Abu Hudzaifah berkata bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu karena itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak.

Dajjal merupakan cubaan paling besar yang menimpa manusia di dunia. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai manusia sesungguh tidak ada makhluk di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Adam sampai hari kiamat yang fitnah lebih besar daripada Dajjal.”

Dalam sebuah hadits sahih disebutkan,

مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ

“Tidak ada satu pun makhluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya (cobaannya) lebih besar dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 2946) An Nawawi rahimahullah menerangkan, “Yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal.”

AKHIR ZAMAN ARAB MENJADI SUBUR DAN MUNCULNYA BERBAGAI JENIS GALIAN





Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". (Riwayat Baihaqi)



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". (Riwayat Muslim)
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orangorang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

Negeri-negeri Arab akan dilimpahi dengan air yang banyak, sehingga menjadi beberapa sungai, tumbuh di atasnya berbagai macam tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun-kebun, dan hutan-hutan.Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

 




AKHIR ZAMAN MASA SEMAKIN SINGKAT DAN UJIAN DASHYAT PADA IMAN

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (Riwayat Tirmizi)


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Riwayat Muslim)



Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: perempuan-perempuan, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (surga).” -Ali ‘Imran [3] ayat 14




Hadis ini juga menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan
kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.

Ramai yang sanggup mengadaikan aurat kerana ingin mendapat pekerjaan. Sanggup melepaskan akidah kerana cinta kepada wanita atau lelaki yang berlaian agama. Sanggup menjual anak kerana ingin cepat kaya, Sanggup meminum keras kerana ingin terlibat sama dengan kawan-kawan yang bukan Islam. Hendaklah kita sentiasa muhasabah diri kita, walaupun kita tidak buat dosa yang besar, kita juga mengadaikan masa yang berlalu dengan perkara yang tidak faedah seperti menonton tv, melayan cerita-cerita di sosial media yang tidak membawa apa-apa manfaat.
Hargailah masa yang kita ada dan gunakan untuk menambah ilmu, berdakwah, bekerja, beramal, berzikir supaya kita sentiasa bersyukur dan gunakan segala pemberian Allah pada hak nya.

AKHIR ZAMAN KEMARAU PANJANG

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)


Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Allah akan menahan hujan tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal.

Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kelaparan dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.

Manakala penduduk yang tidak mau bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kekeringan dan kelaparan.

Diriwayatkan, penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kekeringan.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: ”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah? “Nabi menjawab: ”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” (H.R IbnuMajah)

Sebelum keluarnya Dajjal, akan didahului dengan musim kemarau yang berkepanjangan selama 3 tahun berturut-turut. Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempo waktu tiga tahun yang sangat sulit, di mana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat.”

Allah SWT memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari hujan dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan 1/3 dari tanaman.

Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada langit pada tahun kedua darinya agar menahan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan 2/3 dari tanamannya.

Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah SWT memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya ,lalu ia tidak meneteskan setitik air pun dan memerintahkan bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku (hewan ternak) akan mati kecuali yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Berikut adalah berita kemarau di seluruh dunia.







AKHIR ZAMAN ORG YG BERPEGANG PADA AGAMA IBARAT MENGGENGAM BARA API

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi).


Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan. Zaman kita ini didedahkan dengan hiburan yang melalaikan datang dari segenap sudut, terutama pada kanak-kanak yang dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang datangnya dari pengaruh Dajjal Illminati. Dari hiburan televisyen, iklan-iklan, program tv yang mengagungkan artis, kepada permainan games dan taman tema hiburan disney.

Walau sehebat mana keimanan ibubapa maka dia tidak mampu untuk menghalang pengaruh Dajjal memasuki rumah mereka terutama dalam bentuk internet dan permainan. Itulah rasanya apabila kita berada di zaman ini sedang kita mengetahuinya dan untuk mencegah kemungkaran ibarat menggengam bara api. Hampir setiap masa ada serangan dari pelbagai sudut. Umat Islam juga diserang di hina di seluruh dunia, sehingga kita sebagai umat Islam di negara lain tidak mampu untuk membela sekadar mendoakan dari jauh.

Walaupun apa yang berlaku, Allah pasti mengetahui apa yang dihati kita,

AKHIR ZAMAN ADA AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ



Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)


Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan halhal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

Ahli ibadah dan pendakwah adalah sasaran utama jin, syaitan dan iblis. Mereka mengerakkan segala bala tenteranya untuk menyerang mereka di mana-mana sudut yang lemah. Jika mereka belum bernikah atau sudah bernikah, maka di datangkan perempuan yang dekat dengan mereka digoda supaya mereka tersasar niat, jadi setiap kali mereka datang untuk berdakwah niatnya bukanlah kerana Allah tapi wanita yang bakal dinikahinya. 

Syaitan akan melaga-lagakan sesama pendakwah dan mengalakkan api nafsu lawwamah agar nampak hebat di pandangan masyarakat. Disuntikan mereka dengan sifat riya, takbur, ego merasakan diri mereka saja yang betul maka hilanglah sifat tawaduk dan rendah diri dan sombong menyaluti diri. 

Tolong Like Facebook

Popular Posts