AKHIR ZAMAN SEMUA AKAN TERLIBAT DENGAN RIBA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)


Mungkin kita tidak mengambil apa-apa hutang dan tidak memberikan pinjaman pada orang lain dengan gandaan riba. Tapi ketahuilah sistem wang kertas yang diasaskan oleh pihak kapitalis ini adalah berasaskan riba dan bersandarkan pada wang US Dollar. Malah hampir semua bank terlibat dalam sistem perbankan yang zalim. Mengapa saya kata zalim? katakan kita buat pinjaman perumahan sebanyak RM300000 berapa banyak yang perlu kita bayar balik? dua kali ganda dari harta yang sepatutnya kita bayar, walaupun kita menggunakan sistem perbankan Islam. Jika kita lambat bayar dalam masa 2-3 bulan, rumah kita akan dilelong, dan segala wang yang kita sudah bayar menjadi lebur. Begitulah betapa kita semua akan terlibat dengan riba.

Kita mahu menyimpan wang, mengikut kehendak kerajaan ada juga yang melaburkan saham dalam perbankan yang berasaskan riba. ASB contohnya, ada pendapat demi maslahah ummah ia adalah harus. Tapi ada juga yang mengatakan ASB itu haram kerana terlibat dalam riba. Berapa ramai umat islam di Malaysia yang terkait dengan sistem kapitalis ini? Kita patut bersyukur di Malaysia ini ada banyak lagi alternatif lain untuk membuat pinjaman yang berasaskan Islam.
Tapi bayangkan umat Islam yang tinggal di negara kafir, mereka tidak dapat lagi lari kerana tiada alternatif yang bolehkan mereka untuk membuat pinjaman.

Wang kertas adalah agen dajjal untuk merosakkan umat Islam. Hakikatnya kita semua sudah terjebak, tidak dapat nak elakkan lagi. Apa yang kita boleh elak, elakkan dari terlibat dari dosa riba. Moga Allah ampun kita semua atas kejahilan kita.


Fikirkan








Bila hidup ini bertuhankan nafsu, haram dan halal itu diketepikan. Mereka merasakan dosa riba itu tidak sebesar mana, tapi hakikatnya dosa riba itu lebih dahsyat umpa berzina dengan ibubapa sendiri. 



No comments:

Post a Comment

Tolong Like Facebook

Popular Posts