AKHIR ZAMAN MELUMBA-LUMBA MEMBUAT BINAAN PENCAKAR LANGIT

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". (Riwayat Muslim)


Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukansebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahatdan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi. Orang yang dahulunya miskin menjadi kaya raya dan berlumba membina bangunan paling tinggi.


Bagi menandakan kuasa mereka, pada tahun 1960 kerajan Venezuela, Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Iran telah mengasaskan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi berunding dengan syarikat-syarikat minyak berkenaan isu pengeluaran, harga dan hak konsesi minyak dan pada masa itu jugalah mereka mendapat kekayaan yang datang terus meningkat dengan penjualan petroleum. Tidak sampai seratus tahun, ekonomi arab berkembang pesat hasil dari petroleum. 


Masa berlaku dengan pantas dan kita sudah sampai ke tanda-tanda akhir zaman seperti yang dinyatakan oleh hadis. Semoga kita insaf dan persiapkan dengan amalan. 

AKHIR ZAMAN ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi". (Riwayat Ibnu Majah)


Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'. Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw. menerangkan bahawa
golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.



Kita bimbang kerana produk alkohol memang dijual di 7-Eleven, Speedmart dan sebagainya, tapi kalau orang yang tidak begitu cakna dengan hukum, tidak cakna dengan kandungan minuman tersebut, maka dia boleh terkeliru. Sebab itulah saya menasihati pihak berkuasa agama seperti JAKIM dan sebagainya untuk mengambil berat peraturan menghalang dan melarang pengeluar-pengeluar minuman yang beralkohol supaya tidak mengeluarkan minuman sebegitu. Kita bimbang anak muda, remaja kita, remaja Muslim akan terkeliru dalam memilih produk minuman seperti ini.

Dari segi garis panduan itu, kena pastikan supaya pihak pengeluar tersebut mematuhi segala peraturan dan garis panduan dalam mempromosi produk terutama ayat-ayat yang mengelirukan. Contohnya seperti kata-kata “zero alcohol” dalam kes Heineken 0.0. Penafian yang dipamerkan seharusnya dibesarkan tulisannya supaya senang nampak. Merujuk kepada iklan itu, penafian ditulis sangat kecil sehingga pembeli tidak perasan.

Sekiranya sudah tahu produk itu dikeluarkan syarikat mana, contohnya macam syarikat Heineken tersebut, kena semak terlebih dahulu sama ada minuman tersebut halal atau tidak. Dari segi sifat waraknya, umat Islam memang kena hati-hati dalam memilih makanan sebab pemilihan makanan dan minuman akan mempengaruhi keperibadian seseorang individu tersebut.

Kita nasihatkan kepada pengguna Muslim supaya sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama yang berkaitan halal ini untuk memastikan minuman dan makanan yang mereka ambil ini adalah benar-benar halal. Sekiranya produk minuman yang dikeluarkan syarikat-syarikat minuman arak ini, lebih baik kita elakkan supaya tidak menimbulkan fitnah dan keliru statusnya. Selain itu ia memberi satu persepsi atau tanggapan yang kurang baik sekiranya seseorang Muslim itu membeli produk mereka.

Kepada pihak pengeluar air tersebut pula, kita nasihatkan juga jangan mengelirukan umat Islam khususnya. Mereka perlu merujuk garis panduan yang sedang dikuatkuasa dalam urusan pemasaran dan promosi produk. Di Malaysia, memang kita ada garis panduan yang ketat tentang suatu produk halal. Maka lebih baik merujuk pihak berkuasa halal itu dari segi memasarkan produk mereka, supaya umat Islam tidak terjerumus dalam pemilihan produk yang meragukan, apatah lagi yang haram.

Credit PROFESOR MADYA DR IRWAN MOHD SUBRI, Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) 

AKHIR ZAMAN SEMUA AKAN TERLIBAT DENGAN RIBA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)


Mungkin kita tidak mengambil apa-apa hutang dan tidak memberikan pinjaman pada orang lain dengan gandaan riba. Tapi ketahuilah sistem wang kertas yang diasaskan oleh pihak kapitalis ini adalah berasaskan riba dan bersandarkan pada wang US Dollar. Malah hampir semua bank terlibat dalam sistem perbankan yang zalim. Mengapa saya kata zalim? katakan kita buat pinjaman perumahan sebanyak RM300000 berapa banyak yang perlu kita bayar balik? dua kali ganda dari harta yang sepatutnya kita bayar, walaupun kita menggunakan sistem perbankan Islam. Jika kita lambat bayar dalam masa 2-3 bulan, rumah kita akan dilelong, dan segala wang yang kita sudah bayar menjadi lebur. Begitulah betapa kita semua akan terlibat dengan riba.

Kita mahu menyimpan wang, mengikut kehendak kerajaan ada juga yang melaburkan saham dalam perbankan yang berasaskan riba. ASB contohnya, ada pendapat demi maslahah ummah ia adalah harus. Tapi ada juga yang mengatakan ASB itu haram kerana terlibat dalam riba. Berapa ramai umat islam di Malaysia yang terkait dengan sistem kapitalis ini? Kita patut bersyukur di Malaysia ini ada banyak lagi alternatif lain untuk membuat pinjaman yang berasaskan Islam.
Tapi bayangkan umat Islam yang tinggal di negara kafir, mereka tidak dapat lagi lari kerana tiada alternatif yang bolehkan mereka untuk membuat pinjaman.

Wang kertas adalah agen dajjal untuk merosakkan umat Islam. Hakikatnya kita semua sudah terjebak, tidak dapat nak elakkan lagi. Apa yang kita boleh elak, elakkan dari terlibat dari dosa riba. Moga Allah ampun kita semua atas kejahilan kita.


Fikirkan








Bila hidup ini bertuhankan nafsu, haram dan halal itu diketepikan. Mereka merasakan dosa riba itu tidak sebesar mana, tapi hakikatnya dosa riba itu lebih dahsyat umpa berzina dengan ibubapa sendiri. 



AKHIR ZAMAN ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (Riwayat Muslim)


Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.


Sudah terbukti di zaman sekarang ni ramai orang yang mendapat wang dari internet dengan kaedah pertaruhan, pertandingan yang melibatkan judi dan juga penipuan dalam transaksi. Malah mereka menganggap penipuan itu juga satu kebiasaan. Tidak kurang juga golongan yang berpura-pura agamawan dan mengutip derma untuk kepentingan peribadi dan menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.
Permainan game pertaruhan yang melibatkan perjudian
Penipuan dalam transaksi onliine dan scammer yang berleluasa

Rencana Dajjal yang merosakkan umat Islam dengan cara perjudian online. 







AKHIR ZAMAN RAMAI MUSLIM PEREMPUAN BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (Riwayat Muslim)

Kalau dilihat sekeliling ramai di kalangan wanita muslim sekarang yang mengamalkan fesyen yang menampakkan tubuh badan. Pihak barat menyedari tentang permintaan fesyen muslimah, dan kemudian mereka juga buat fesyen tapi fesyen tersebut tidak berlandaskan syariat Islam. Artis-artis dijadikan icon untuk menambahkan lagi kerosakan pada iman orang Islam. Berhati-hatilah.





Fesyen antara bangsa dari Tommy Hilfiger yang ketat 

Fesyen antarabangsa dari Uniqlo
Bonggol di tudung wanita ibarat unta. Kini sudah terbukti


Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat.
Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

AKHIR ZAMAN ORANG BERIMAN TERPAKSA MELARIKAN DIRI

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah
berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (Riwayat Baihaqi)


Keterangan:
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara
yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam
lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun
jiran mereka.

Semakin hari kesedaran untuk mewujudkan perkampungan orang islam dengan pertahanan sendiri menjadi semakin tinggi. Beberapa perkampuangan orang islam telah pun dibina di Indonesia, Malaysia dan Brunei untuk mengatasi pengaruh Dajjal dalam kehidupan.





Kita akan dapat saksikan orang islam akan melarikan diri ke suatu tempat yang jauh untuk menyelamatkan akidah mereka tidak lama lagi kerana vaksin chip akan mula dipergunakan untuk mengawal pembiakan virus covid 19. Vaksin yang dimasukkan chip komputer di dalam badan akan mengakibatkan gangguan saraf otak untuk berfikir dan boleh dimanipulasikan emosi. Inilah suatu yang tidak dapat dikawal oleh seseorang muslim dan pada mereka yang sedar, mereka akan melarikan diri demi menyelamatkan akidah Islam.

Jutaan ribu umat Islam yang berada di negara Eropah, USA, Australia, India, Singpura dan mungkin juga akan berlaku di  negara Islam Malaysia dan Indonesia bakal melarikan diri apabila chip komputer berbentuk vaksin yang akan diwajibkan pada seluruh penduduk oleh kerajaan. Sedangkan mereka tahu implikasinya pada saraf otak dan boleh mengakibatkan terpesongnya akidah. Umat Islam yang tinggal di negara bukan Islam adalah lebih berbahaya berbanding dengan umat Islam yang tinggal di negara sendiri.  Nauzubillah.





AKHIR ZAMAN ANAK MENJADI PUNCA KEMARAHAN DAN TEKANAN IBUBAPA

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (Riwayat Thabrani)


Keterangan:
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
1) Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
2) Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3) Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
5) Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan
terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang
disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang
disabdakan oleh Rasulullah saw. Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt.
menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang
disebutkan tadi.



Kanak-kanak zaman sekarang ini sukar mendengar kata-kata ibubapa antara sebabnya adalah ganguan perhatian mengakibatkan mereka menjadi lebih pemarah, sukar mendengar kata dan sukar untuk mengikut arahan ibubapa ke arah kebaikan. Inilah tanda akhir zaman. 




AKHIR ZAMAN RAMAI YANG TIDAK AMANAH

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu
kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah
saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu
bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian
turunlah Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran
dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika
Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil)
lalu menggilingkannya dengan kakinya.



"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada
seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya
di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik
memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya
dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal
di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji
sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di
antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang
Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau
Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku
(maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang
kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak
ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu
semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Hampir setiap hari ada saja kes penipuan yang melibatkan orang islam itu sendiri. Hingga bila saja kita mendengar penipuan atas talian dan scammer adalah perkara biasa. Hampir setiap orang terkena dengan penipuan atas talian. Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa lelaki yang gila seks disebabkan gambar-gambarnya di masukkan dalam akaun sosial media.


Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan
bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik
untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari
ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul
amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

Setiap hari kita berjalan, dalam setiap orang yang kita jumpa tiada yang terkecuali dari curang dalam melaksanakan amanah. Begitulah ujian akhir zaman ini.



AKHIR ZAMAN UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)". (Riwayat Bukhari & Muslim)


Keterangan: Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhlukmakhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda , “Hari kiamat belum akan terjadi sampai kaum Muslimin memerangi bangsa Yahudi. Mereka diserang kaum Muslimin hingga bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun, batu mau pun tumbuhan akan berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah,di belakang ku ada orang Yahudi. Kemari dan bunuhlah dia!’ kecuali pohon Gharqad. Sebab, pohon Gharqad adalah pohon orang Yahudi.” (HR Muslim).

Hadits dengan konten senada juga tertulis dalam berbagai kitab hadits ter kemuka, yang berasal dari berbagai riwayat. Ada yang meriwayatkan bahwa yang berbicara adalah batu, seperti tertulis dalam hadits riwayat Bukhari berikut: Abu Umar RA meriwayatkan Ra sulullah SAW bersabda, “Bangsa Yahudi nanti akan berperang melawan kalian dan kalian akan mengalahkan mereka, sampai batu pun akan berkata, ‘Wahai Muslim, di belakangku ada orang Yahudi. Bunuhlah dia’.”

Lantas, pohon apakah Gharqad itu? Umumnya, orang merujuk pada dua tanaman berduri yang hidup di padang pa sir. Ada yang menyebut Gharqad adalah tanaman yang dalam bahasa Arab dise but Ausaj. Para ilmuwan menyebut spe sies ini sebagai Lycium Shawii. Pohon ini kerap pula disebut dengan istilah Boxt horn. Menurut laman milik The Hebrew University of Jerusalem, istilah lainnya adalah Lycium Arabicum Boiss atau Arabian Boxthorn. Tanaman ini masuk kategori semak belukar, yang tingginya satu hingga empat meter. Namun, sumber lain menyebut Gharqad adalah Nitraria Retusa. Bentuk kedua pohon ini mirip, begitu pun dengan tingginya. Namun, Lycium Shawii dan Nit raria Retusa sebenarnya sangat berbeda dari sisi klasifikasi tumbuhan, sejak ordo, family, hingga genus (lihat: Gharqad, Pohon Yahudi Bernama Belakang Arab).

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, beberapa kali menanam pohon, yang kemudian ramai diberitakan sebagai pohon Gharqad. Antara lain penanaman pohon pada Februari 1999 lalu. Juga penanaman pohon di beberapa tempat lainnya di beberapa pemukiman di wilayah pendudukan Israel, yang disponsori Jewish National Fund (JNF). Langkah Netanyahu menanam pohon yang diduga Gharqad, itu, menuai banyak perbincangan hingga hari ini.

Di Yahoo! Answer, misalnya, seseorang bertanya seperti ini, “Mengapa Israel menanam Boxthorn (Gharqad) lebih daripada pohon-pohon lainnya? Apakah ada alasan spesifik?”

Respons pengguna internet bermacam-macam. Seorang bernama Evergreen menyatakan, “Pohon Box-thorn adalah bagian kunci nubuat tentang Israel di akhir zaman.”

Penjawab lainnya, Sameer, menulis, ”Karena pohon Gharqad tidak akan memberi tahu ….”

“Karena Israel berpikir bahwa ramalan Islam tentang Israel akan terjadi, sehingga lebih baik menanam banyak Boxthorn,” tulis Waleed.

Seorang bernama Arilou, berbeda dengan yang lain. Dia mengatakan, “Israel tidak menanam pohon Boxthorn. Kebanyakan pohon yang ditanam Israel saat ini adalah pinus. Maaf memecahkan gelembungmu.”

“Itu adalah pohon Yahudi,” tulis Redland.

Sedangkan, Kimberly, hanya menulis, “Hmmm…”

Perdebatan di internet, memang selalu berakhir menjadi debat kusir belaka.

Tapi, Israel memang gencar melaku kan penghijauan di sana. Bahkan, upaya penanaman pohon itu telah dilakukan sebelum berdirinya negara Israel pada 1948. Jewish National Fund (JNF) meru pakan salah satu organisasi yang gencar melakukan penanaman itu. JNF atau Keren Kayemet LeYisrael (KKL), didirikan pada Kongres Zionis kelima di Basel, 1901 lalu.

Dan, kini Israel menjadi satu-satunya kekuatan nuklir di Timur Tengah, dengan kepemilikan sekitar 60 hingga 200 rudal berhulu ledak nuklir. Meskipun Israel sudah menguasai Yerusalem Timur, sampai hari ini mereka belum menguasai kawasan Masjid Al Aqsa.

Kini, apa yang disampaikan Nabi empat belas abad silam, telah menjadi nyata. Muslim telah berperang dengan Yahudi. Zaman sedang menunggu ter wujudnya pertanda lainnya, yaitu ketika batu dan pohon berbicara dan menga takan, “Wahai Muslim, wahai hamba Allah,di belakangku ada orang Yahudi. Kemari dan bunuhlah dia!” serta diam nya pohon Gharqad.

Lantas, sudah berapa banyak pohon Gharqad yang ditanam di Israel? Sampai saat ini, tak ada data pasti. Bahkan, datadata tentang pohon ini terkesan menghilang dari situs-situs di Israel, termasuk situs milik JNF.

Situs organisasi ini mengklaim hanya menanam Zaitun, Pinus, dan Akasia. Hingga 2007, organi sasi yang meng ga lang dana untuk me nanam pohon, de ngan harga 18 dolar AS per pohon, ini, meng klaim telah menanam lebih dari 240 juta pohon. Jumlah pohon yang ditanam JNF, hampir sama dengan jumlah pen duduk Indonesia.

Kredit
https://republika.co.id/
https://pimpin.ump.edu.my/

AKHIR ZAMAN RAMAI YANG HIDUP DALAM KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmizi)




Keterangan:
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

https://pimpin.ump.edu.my/

AKHR ZAMAN ISLAM KEMBALI DAGANG

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". (Riwayat Muslim)



Keterangan: Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

https://pimpin.ump.edu.my/

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU AKAN DIALAMI UMAT AKHIR ZAMAN

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat
ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat
bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,
"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)
menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
(Riwayat Hakim)




Keterangan:
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di
kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan
menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang
sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari
dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka
apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam
cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah
kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita merenung maksud
hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

https://pimpin.ump.edu.my/

AKHIR ZAMAN SENTIASA ADA GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di
kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka),sehingga
sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
(Riwayat Bukhari)



Keterangan:
Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt.
berjanji akan memelihara kitabnya (Al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi
generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin
dipermukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke
hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan
ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan
munafiqin, Yahudi dan Nasrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang
berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,
serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdad
pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan
beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di
Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis
Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yang
mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi
pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat
dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih
lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.


Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang
agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari
agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah
hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan
berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis
Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung
dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi
ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu
Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang
mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang
yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.


https://pimpin.ump.edu.my/

AKHIR ZAMAN WUJUD GOLONGAN ANTI HADIS HANYA BERPEGANG PADA AL QURAN


Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata:"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja.Apa yang di halalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." (Riwayat Abu Daud)

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Sesiapa yang tidak mempercayai hadith Nabi s.a.w. sebagai sumber hukum Islam, maka tergolonglah di dalam golongan yang sesat. Inilah yang dikenali dengan kelompok anti hadith[1]. Ada tiga jenis kelompok anti hadith. [2]Pertama, kelompok yang menolak hadith-hadith Rasulullah s.a.w. secara keseluruhan.[3] Kedua, kelompok yang menolak hadith-hadith yang tak disebutkan dalam al-Qur’an secara tersurat ataupun tersirat atau yang bertentangan dengan akal sehat manusia.[4] Ketiga, kelompok yang hanya menerima hadith-hadith mutawatir[5] dan menolak hadith-hadith ahad[6] walaupun sahih. Mereka beralasan dengan ayat, “Sesungguhnya persangkaan itu tidak berguna sedikitpun terhadap kebenaran” [An-Najm: 28]. Cara mereka berhujah dengan ayat ini, tentu sahaja menurut penafsiran model mereka sendiri.

Berdasarkan kepada fakta ini, jelas membuktikan bahawa pegangan dan sistem kepercayaan golongan antihadith adalah bersifat liberal iaitu bebas di dalam memahami dan mempercayai autoriti dan autensiti Hadith Nabi s.a.w sepertimana yang diimani oleh golongan terawal di kalangan al-Sahabah dan al-Tabi’in. Fahaman ini terus berkembang mengikut zaman dan didukungi oleh sekelompok umat Islam yang bergurukan dan bertuankan kepada dua musuh utama Islam iaitu Kristien dan Yahudi. Fakta ini dikemukakan berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku di dunia Islam seperti di Indonesia dan di Malaysia.

Di dalam kontek Indonesia, di antara kelompok antihadith yang wujud, salah satunya ialah kelompok yang mengikuti pemikiran dari Rashad Khalifa. Beliau merupakan seorang insinyur kimia lulusan Universitas Arizona. Gerakan ini dinamakan The Qur’anic Society. Gerakan ini hadir menyusul di seminar missionaris Kristien dan Yahudi dimana beliau menyampaikan makalahnya yang berjudul “Islam: Past, Present and Future”.

Kempen mendistorsi Islam di Indonesia ini memang sangat digalakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat, antara lain melalui program iklan kempen citra positif AS,[7] menyusul ditolaknya “alasan” penyerangan ke atas Iraq dan Afghanistan. Gerakan ini dilembagakan melalaui USAID, dan juga Asia Foundation. Seorang aktivis jaringan Islam liberal, Ulil Abshar Abdalla pernah mengaku secara terbuka beliau menerima dana dari Asia Foundation sebesar Rp. 1,4 Milyar pertahun.[8]

Pada tahun 2002, media-media di Indonesia memasang iklan mengenai kehidupan muslim di Amerika dengan tawaran Rp. 250 juta untuk setiap iklannya. Pada tahun 2003, Washington juga menyalurkan dana sebesar 170 juta U$ (sekitar 1,428 Trilyun Rupiah) untuk sekolah-sekolah dan pesantren-pesantren di Indonesia untuk membendung ajaran-ajaran radikal di Pasantren.[9] Bantuan itu disalurkan ke sekolah negeri dan sekolah Islam yang “dinilai moderat”.

Ramli Abdul Wahid menjelaskan bahawa secara historis, Antihadith sudah muncul pada abad kedua Hijriah. Imam asy-Syafi’i (150-204 H) mengemukakan dialognya dengan antihadith secara panjang lebar dalam kitabnya, Al-Umm jilid VII. Kemudian, pada zaman modern muncul pula sejumlah pemikir yang mengikuti, samada secara total mahupun secara parsial, corak berpikir antihadith liberal, antara lain Taufiq Sidqi dan Ali Hasan Abd. Al-Qadir di Mesir, Said Ahmad Khan, Garrah Ali dan Gulam Ahmad Parwez di India-Pakistan, Kassim Ahmad di Malaysia, Rasyad Khalifah di Amerika, Haji Abdurrahman, Ustaz H. Sanwani, dan Ir. Irham Sutarto di Jakarta, Dailami Lubis di Sumatera Barat.[10]

Sebelum mereka, terdapat dua orang tokoh orientalis sekaligus antihadith liberal terkenal yang juga boleh disebut sebagai perintis aliran sesat dan anti hadith zaman moden yang bernama Prof.Dr.Ignac Goldziher (1850-1921)[11] dan Joseph F. Schacht (1902-1969).[12] Pemikiran kedua tokoh ini telah banyak dibantah oleh ulama dan ilmuan Islam, di antaranya Mustafa al-Siba’i, dalam bukunya al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami (1949). Kedua, Muhammad Ajjaj al-Khatib dalam bukunya al-Sunnah Qabl al-Tadwin (1964). Ketiga, Muhammad Mustafa Azami dalam bukunya Studies in Early Hadith Literature (1967). Sedangkan di Indonesia, Ali Mustafa Yakub juga menangkal pemikiran kedua tokoh anti hadith tersebut dalam bukunya, Kritik Hadis (1995).[13]

Selanjutnya, menurut Ramli Abdul Wahid, hukum orang yang mengingkari Sunnah yang berkualiti mutawatir adalah kafir, sedangkan orang yang mengingkari hadith ahad adalah fasik.[14] Dalam ilmu hadith, dikatakan sesuatu itu hadith apabila ia berasal daripada Rasul, dan ia terdiri dari sanad (orang yang meriwayatkan hadith) dan matan (isi atau redaksi dari hadith tersebut). Manakala suatu hadith tidak ada sanadnya maka itu tidak dikatakan hadith. Hadith Nabi saw. secara periwayatannya ada yang belangsung secara mutawatir dan ada yang ahad. Hadith yang berkategori mutawatir tidak perlu diadakan penelitian terhadapnya dan wajib mengamalkannya, sementara untuk hadith yang berkategori ahad perlu diadakan penelitian, samaada sanadnya mahupun matannya. Jika hadith ahad itu sudah masuk dalam kategori maqbul, maka wajib menerimanya sebagai sumber ajaran Islam setelah al-Qur’an.

Beberapa Ajaran Pokok Antihadith yang liberal sesat,[15] iaitu :

Dasar ajaran Islam hanyalah al-Quran kerana al-Quran sudah lengkap dan sempurna
Tidak percaya dan menolak seluruh Hadith Nabi saw.
Nabi Muhammad s.a.w. tidak berhak untuk memberikan penjelasan apa pun tentang al-Quran
Syahadah mereka adalah Isyhadu bi annana muslimun (saksikan kamulah bahwa kami orang-orang Islam)
Rakaat dan cara salat terserah kepada masing-masing, boleh dua rakaat dan boleh dengan eling (ingat) saja.
Puasa wajib bagi yang melihat bulan saja, tidak wajib bagi orang yang tidak melihatnya dengan alasan ayat faman syahida minkumusy syahra falyashumhu (Barang siapa yang melihat bulan di antara kamu maka hendaklah ia puasa) (Q.S.al-Baqarah/2:183).
Haji boleh dilakukan selama bulan-bulan haram, yaitu Muharram, Rajab, Sya`ban, dan Zulhijjah
Pakaian ihram boleh dengan celana, baju, jas, dan dasi.
Orang yang meninggal tidak disalatkan karena tidak ada perintah dalam al-Qur’an.
Pengajian-pengajian antihadith di Jakarta membuat semua salat dua-dua rakaat tanpa azan dan iqamah.
Pendalilan nas yang menjadi sandaran golongan Antihadith liberal[16]:

Adapun dalil-dalil atau alasan-alasan antihadith dapat dibahagi kepada dua macam, iaitu dalil al-Qur’an dan alasan akal. Dalil al-Qur’an antara lain adalah :al-Qur’an surah al-Nahl ayat 89 : “Kami turunkan kepadamu al-Qur’an untuk menjelaskan segala sesuatu”.
Surah al-An`am ayat 38 :“Tidak Kami alpakan sesuatu pun di dalam al-Qur’an”.
Surah al-Maidah ayat 3 :“Pada hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu agamamua dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Kuredai Islam itu sebagai agamamu ”Ketiga ayat ini dan ayat-ayat yang senada menunjukkan bahwa al-Qur’an telah menjelaskan segala sesuatu. Al-Qur’an tidak memerlukan keterangan tambahan lagi karena penjelasannya tentang Islam sebagai agama sudah sempurna.

Surah al-Najm ayat 3-4:“Dan ia (Muhammad) tidak bertutur menurut hawa nafsunya. Ucapan itu tiada lain wahyuyang diwahyukan kepadanya.”Yang diwahyukan itu sudah termaktub dalam Alquran.
Surah al-Haqqah ayat 44-46:“Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebagian perkataan atas nama Kami niscaya Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian Kami akan potong urat tali jantungnya.”
Surah Ali Imran ayat 20; al-Maidah ayat 92, 99; al-Ra`d ayat 40; al-Nahl ayat 35, 82; al-Nur ayat 45; al-`Ankabut ayat 18; al-Syura ayat 48.Ayat-ayat ini menjelaskan bahwa tugas Nabi Muhammad hanyalah menyampaikan pesan Allah s.w.t dan tidak berhak memberikan penjelasan apa pun.
Surah Fathir ayat 31 ““Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu yakni al-Qur’an itulah yang benar (haqq).”8. Alquran surat Yunus ayat 36 :
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”
Hadith itu hanyalah persangkaan yang tidak layak dijadikan hujah.
Adapun pendalilan ’aqli adalah sebagai berikut[17] :

Al-Qur’an dalam bahasa Arab yang jelas. Orang yang paham bahasa Arab paham Alquran. Kelompok antihadith mengatakan bahawa manakala seseorang itu memahami bahasa Arab, iapun tak memerlukan penjelasan lain. Sebab, Alquran diturunkan dengan bahasa yang jelas. Oleh itu, Rasul tak diperlukan dalam menjelaskan Al-Qur’an yang memang sudah jelas.
Perpecahan umat Islam karena berpegang pada hadith-hadith yang berbeda-beda.
Hadith hanyalah dongeng karena baru muncul di zaman tabi’in dan tabittabiin
Tidak satu hadith pun dicatat di zaman Nabi. Dalam periode sebelum pencatatan Hadith, manusia berpeluang untuk melakukan pembohongan.
Kritik sanad baru muncul setelah satu setengah abad Nabi wafat
Konsep tentang seluruh sahabat adil muncul pada akhir abad ketiga Hijrah.
Dinukilkan daripada: Prof. Madya Dr. Ishak bin Suliaman dan Sulidar, Liberalisme Dalam Antihadith Di Indonesia Dan Malaysia, Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan 2008 anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 23-24 Ogos 2008 bersamaan 21-22 Syaaban 1429H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi.

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun
kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan
Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".
(Riwayat Muslim)


Keterangan:
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan
Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.
Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan
sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita
dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang
kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi
dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap
dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali
barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka

AKHIR ZAMAN ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)


Keterangan:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi
ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.


Sumber: https://pimpin.ump.edu.my/

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang
sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir,
dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan
Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat
bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)




Keterangan:
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari
ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam
walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk
dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa
lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa
dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan
melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah
berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang
merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar
dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.
"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan
Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak
membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk
berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa
agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan
kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sumber: https://pimpin.ump.edu.my/

DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN






Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,
"(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas
sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan
(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari
dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari
yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya
(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan
dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya,
jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau
banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua
orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orangorang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat
akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan
segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang
bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan
tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang
dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa
Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang
menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari
kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam
masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung
kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam
adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan
campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan
keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah
dekat sekali tibanya

Tolong Like Facebook

Popular Posts