AKHIR ZAMAN MELUMBA-LUMBA MEMBUAT BINAAN PENCAKAR LANGIT

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". (Riwayat Muslim)


Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukansebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahatdan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi. Orang yang dahulunya miskin menjadi kaya raya dan berlumba membina bangunan paling tinggi.


Bagi menandakan kuasa mereka, pada tahun 1960 kerajan Venezuela, Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Iran telah mengasaskan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi berunding dengan syarikat-syarikat minyak berkenaan isu pengeluaran, harga dan hak konsesi minyak dan pada masa itu jugalah mereka mendapat kekayaan yang datang terus meningkat dengan penjualan petroleum. Tidak sampai seratus tahun, ekonomi arab berkembang pesat hasil dari petroleum. 


Masa berlaku dengan pantas dan kita sudah sampai ke tanda-tanda akhir zaman seperti yang dinyatakan oleh hadis. Semoga kita insaf dan persiapkan dengan amalan. 

No comments:

Post a Comment

Tolong Like Facebook

Popular Posts