Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan halhal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Ahli ibadah dan pendakwah adalah sasaran utama jin, syaitan dan iblis. Mereka mengerakkan segala bala tenteranya untuk menyerang mereka di mana-mana sudut yang lemah. Jika mereka belum bernikah atau sudah bernikah, maka di datangkan perempuan yang dekat dengan mereka digoda supaya mereka tersasar niat, jadi setiap kali mereka datang untuk berdakwah niatnya bukanlah kerana Allah tapi wanita yang bakal dinikahinya.
Syaitan akan melaga-lagakan sesama pendakwah dan mengalakkan api nafsu lawwamah agar nampak hebat di pandangan masyarakat. Disuntikan mereka dengan sifat riya, takbur, ego merasakan diri mereka saja yang betul maka hilanglah sifat tawaduk dan rendah diri dan sombong menyaluti diri.

No comments:
Post a Comment